YURAN

Yuran Pendaftaran Pelajar Baru

Yuran Pendaftaran Pelajar Baru berjumlah RM100 perlu dijelaskan ketika menerima tawaran kemasukan ke SMA Ibrah.

Wang ini TIDAK akan dikembalikan sekiranya pelajar menarik diri.

Yuran Tahunan

Yuran tahunan berjumlah RM480 dijelaskan setiap tahun pada awal sesi persekolahan untuk menampung kos-kos seperti aktiviti ko-kurikulum, peperiksaan dalaman, sumbangan takaful, tabung kebajikan pelajar dan sebagainya.

Yuran Penyelenggaraan dan Utiliti

Yuran penyelenggaraan dan utiliti dijelaskan setiap tahun pada awal sesi persekolahan sebanyak RM300.

Yuran Bulanan

Yuran bulanan pelajar adalah RM410 sebulan. Yuran ini merangkumi perbelanjaan persekolahan, makanan dan asrama.

Yuran bulanan perlu dijelaskan pada atau sebelum 10 haribulan (bulan semasa).

 

Cara Pembayaran

Bayaran boleh dibuat;

1. Secara perbankan internet melalui

  • Nama bank: AmBank
  • Nombor Akaun 0792022003623
  • Nama Akaun: Sekolah Menengah Agama Ibrah

Resit/bukti pembayaran hendaklah dihantar ke talian hotline SMA Ibrah +6011 6554 0660 atau emel ke pengurusan@ibrah.edu.my.

2. Secara tunai

  • Di kaunter pejabat SMA Ibrah.

Pembayaran secara cash deposit atau EFT tidak diterima.

Bayaran Hari Pendaftaran

Jumlah bayaran yang perlu disediakan pada hari pendaftaran adalah sebanyak RM1,290 yang terdiri daripada;

  • Yuran Bulanan (Januari) (RM410),
  • Yuran Pendaftaran Pelajar Baru (RM100)
  • Yuran Penyelenggaraan (RM300) dan
  • Yuran Tahunan (RM480)

 

 

8 Comments

  1. Farida Oli mohamed

    Assalamualaikum, adakah pelajar dari sekolah international diterima masuk?

    • Waalaikumussalam wbt.
      Tuan/puan boleh berhubung terus dengan pengetua sekolah di talian 04 397 2101 / 04 384 1505 untuk maklumat lanjut.
      Terima kasih.

  2. Ahmad Subhi bin Yusoff

    Assalamualaikum..masih boleh daftar anak untuk tingkatan 1 tahun 2020.?

  3. Hilwana abdul samat

    Ada pengambilan pelajar utk tingkatan 4 tak…dari kelas KAA

  4. Assalamualaikum.. jika tingkatan 1 sekarang di sekolah men biasa, boleh kah mohon utk tingkatan 2 di sekolah ini nanti ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *