SOALAN LAZIM

Kemasukan

1. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon masuk ke SMA Ibrah?
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4 daripada sekolah biasa;

  1. Kredit dalam B.Malaysia, B. Inggeris, Matematik PMR
  2. Lulus B. Arab PMR
  3. Lulus Ujian Kelayakan ‘IBRAH (membaca dan menulis jawi, membaca al-Quran)
  4. Kredit dalam Sains PMR (Untuk Aliran Sains Agama)

Bagi kemasukan ke tingkatan menengah rendah (Tingkatan 1-3), syarat kemasukan adalah mendapat minima 2B dalam UPSR serta lulus ujian kemasukan ‘IBRAH (ujian bacaan al-Quran, membaca dan menulis jawi).

2. Anak saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Adakah masih perlu menduduki ujian kemasukan ke SMA Ibrah?
Ya, memandangkan kurikulum pengajian di ‘Ibrah memerlukan penguasaan dalam al-Quran dan tulisan jawi, maka bakal-bakal pelajar perlu diuji dalam aspek tersebut kerana UPSR tidak memberikan petunjuk akan kemahiran al-Quran dan jawi.

3. Bagaimana memohon untuk masuk ke Tingkatan 4 (atau lain-lain tingkatan)?
Memandangkan tempat yang terhad (asrama) pada masa ini, bilangan pelajar yang dapat diterima masuk ke SMA ‘Ibrah juga terhad. Permohonan akan diteliti berdasarkan kes (case-by-case basis) dan atas budi bicara pihak sekolah. Rayuan untuk memohon untuk masuk ke Tingkatan 4 (dan juga ke Tingkatan yang lain juga) perlu dibuat secara terus kepada Mudir di pejabat sekolah pada waktu pejabat.
4. Berapakah jumlah yuran bulanan dan yuran tahunan?

Maklumat berkaitan yuran-yuran boleh diperolehi di sini.

Penjawatan

1. Saya berminat untuk memohon jawatan sebagai (guru/kerani/warden/dsb) di SMA Ibrah. Bagaimana saya boleh memohon?

Sila hantar surat permohonan beserta CV/Resume kepada pihak sekolah, atau emelkan kepada untuk pertimbangan.

Pihak sekolah akan meneliti setiap permohonan apabila terdapat keperluan untuk jawatan tersebut, baik sebagai sandaran ataupun tetap.

Anda boleh juga menghubungi pejabat sekolah (04 397 2101 pada waktu pejabat) untuk mendapatkan maklumat terkini status jawatan kosong yang ada.

4 Comments

  1. Saya berminat untuk memohon jawatan sebagai guru di SMA Ibrah. Bagaimanakah cara saya boleh memohon.

    • Cik/Puan,

      Sila hantar surat permohonan beserta CV/Resume kepada pihak sekolah, atau emelkan kepada pengurusan@ibrah.edu.my untuk pertimbangan.

      Pihak sekolah akan meneliti setiap permohonan apabila terdapat keperluan untuk jawatan tersebut, baik sebagai sandaran ataupun tetap.

      Anda boleh juga menghubungi pejabat sekolah (04 397 2101 pada waktu pejabat) untuk mendapatkan maklumat terkini status jawatan kosong yang ada.

      http://www.ibrah.edu.my/menengah/soalan-lazim/

  2. Siti halijah binti abdul kadir

    Berulang ada x..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *