Perubahan Syarat Kemasukan dan Tarikh-tarikh Penting

Susulan kemerosotan ketara prestasi pencapaian UPSR akibat perubahan sistem peperiksaan UPSR tahun 2015, maka pihak sekolah telah memutuskan untuk meminda syarat minima kemasukan ke SMA Ibrah.

Syarat minima yang terbaru adalah LULUS semua mata pelajaran UPSR; dan boleh membaca al-Quran dan jawi dengan baik. Kemampuan pelajar membaca al-Quran dan jawi akan ditentukan melalui ujian kemasukan yang akan diadakan di sekolah pada tarikh yang dinyatakan di bawah.

Tarikh-tarikh penting berkaitan kemasukan juga telah dipinda seperti berikut;

Tarikh akhir memohon: 15 Disember 2016
Tarikh temuduga: Sabtu, 17 Disember 2016 di SMA Ibrah pada jam 9 pagi.

Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari pejabat sekolah pada waktu pejabat, atau boleh juga melalui borang e-Permohonan di sini.

Harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *