Permohonan Masuk 2020 Dibuka

Permohonan untuk masuk ke SMA Ibrah bagi sesi persekolahan tahun 2020 kini dibuka. Ibu bapa, waris atau penjaga boleh memohon secara online di sini atau mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

Syarat Mohon Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

Syarat minima untuk memohon masuk ke menengah rendah adalah seperti berikut:

  • Lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan UPSR
  • Boleh membaca al-Quran
  • Boleh membaca dan menulis jawi
  • Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
    • Ujian tilawah al-Quran
    • Ujian hafazan al-Quran
    • Ujian bacaan jawi
    • Ujian personaliti
    • Ujian bertulis: Pengetahuan Am, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Sihat tubuh badan
Syarat Mohon Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

Syarat minima untuk masuk ke menengah atas adalah seperti berikut:

  • Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik PT3, serta
  • Lulus subjek Bahasa Arab
  • Boleh membaca al-Quran
  • Boleh membaca dan menulis jawi
  • Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
    • Ujian tilawah al-Quran
    • Ujian hafazan al-Quran
    • Ujian bacaan jawi
    • Ujian personaliti
    • Ujian bertulis: Pengetahuan Am, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Sihat tubuh badan

Maklumat terperinci berkenaan syarat-syarat kemasukan boleh dibaca di sini.

Temuduga kemasukan akan diadakan pada 30 November 2019 (Sabtu) di SMA Ibrah.

Maklumat berkaitan yuran-yuran boleh diperolehi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *