Permohonan untuk masuk ke SMA Ibrah bagi sesi persekolahan tahun 2019 kini dibuka. Ibu bapa, waris atau penjaga boleh memohon secara online di sini atau mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat sekolah pada waktu pejabat.
Syarat minima untuk memohon masuk ke menengah rendah (Tingkatan 1 -3) adalah seperti berikut;
- Mendapat sekurang-kurangnya 2B dalam peperiksaan UPSR dan lulus semua matapelajaran
- Boleh membaca al-Quran
- Boleh membaca dan menulis jawi
- Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
- Ujian tilawah al-Quran
- Ujian hafazan al-Quran
- Ujian bacaan jawi
- Ujian personaliti
- Ujian bertulis: Pengetahuan am, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik
- Sihat tubuh badan
Syarat minima untuk masuk ke menengah atas (Tingkatan 4 – 5) adalah seperti berikut;
- Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik PT3 serta
- Lulus subjek Bahasa Arab
- Boleh membaca al-Quran
- Boleh membaca dan menulis jawi
- Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
- Ujian tilawah al-Quran
- Ujian hafazan al-Quran
- Ujian bacaan jawi
- Ujian personaliti
- Ujian bertulis: Pengetahuan am, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik
- Sihat tubuh badan
Maklumat terperinci berkenaan syarat-syarat kemasukan boleh dibaca di sini.
Temuduga kemasukan akan diadakan pada 24 November 2018 di SMA Ibrah.
Maklumat berkaitan yuran-yuran boleh diperolehi di sini.