Permohonan Masuk 2018 Dibuka

Permohonan untuk masuk ke SMA Ibrah (Tingkatan 1 – 5) bagi sesi persekolahan tahun 2018 kini dibuka. Ibu bapa, waris atau penjaga boleh mendapat borang permohonan di pejabat sekolah pada waktu pejabat atau muat turun borang di sini. Permohonan secara atas talian melalui e-Permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan akan diumumkan.

Syarat minima untuk memohon masuk ke menengah rendah (Tingkatan 1 -3) adalah seperti berikut;

  • Mendapat sekurang-kurangnya 2B dalam peperiksaan UPSR dan lulus semua matapelajaran
  • Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
    • Boleh membaca al-Quran
    • Boleh menulis jawi

Syarat minima untuk masuk ke menengah atas (Tingkatan 4 – 5) adalah seperti berikut;

  • Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik PT3 serta
  • Lulus subjek Bahasa Arab

Maklumat terperinci berkenaan syarat-syarat kemasukan boleh dibaca di sini.

Temuduga kemasukan akan diadakan pada 2 Disember 2017 di SMA Ibrah.

Maklumat berkaitan yuran-yuran boleh diperolehi di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *