Permohonan untuk masuk ke menengah rendah (Tingkatan 1 – 3) bagi sesi persekolahan tahun 2017 di SMA Ibrah kini dibuka. Pemohonan boleh dibuat melalui e-Permohonan. Ibu bapa, waris atau penjaga juga boleh mengisi borang permohonan di pejabat sekolah pada waktu pejabat.
Syarat minima untuk memohon masuk ke menengah rendah adalah seperti berikut;
- Mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR
- Lulus ujian kemasukan SMA Ibrah
- Boleh membaca al-Quran
- Boleh menulis jawi
Temuduga kemasukan akan diadakan pada 3 Disember 2016 di SMA Ibrah.
Maklumat terperinci berkenaan syarat-syarat kemasukan boleh dibaca di sini.
Maklumat berkaitan yuran-yuran boleh diperolehi di sini.