PEMBANGUNAN

Sejarah Penubuhan

SMA IBRAH mendapat nama daripada singkatan Institusi Barakah (Institusi yang diberkati) dan perkataan ‘ibrah yang bermaksud pengajaran atau contoh ikutan. Terletak di Perkampungan Tanjung Putus, dengan jarak 5 kilometer dari pekan Permatang Pauh, Pulau Pinang di atas Lot 2223 dan 2224 Mukim 02, Seberang Perai Tengah seluas 6.157 ekar (2.4917 ha), dikelilingi sawah padi yang terbentang luas dengan tiupan angin yang menyegarkan serta suasana damai dan tenteram. SMA Ibrah dengan rasminya diluluskan penubuhannya oleh JHEAPP pada 1 Februari 2010 (No. Rujukan : JAIPP/PEND/05-M-(M)0028). Pengambilan pertama pelajar terdiri daripada 17 lelaki dan 17 perempuan yang memulakan pengajian di bangunan sementara Dewan JKKK Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh.

Kronologi Pembangunan

 2012 Pembangunan Fasa I : Bangunan dua tingkat dibina dengan kos RM1.1 juta.
 2013 Pelajar memulakan pengajian di bangunan tersebut.
 2014 Pembangunan Fasa II : Bangunan dua tingkat dibina dengan kos RM1.0 juta.

Mengandungi bilik darjah, makmal sains dan bilik mesyuarat.

 2016 Perasmian sekolah oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Hj Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 30 Julai 2016.
 2016 Pembangunan Fasa III : Majlis Perbandaran Seberang Perai telah meluluskan Pelan Kebenaran Merancang Bangunan 4 tingkat pada 23 Februari 2016, bangunan baru yang dianggarkan menelan belanja RM5,800,000.
 2017 Kelulusan pelan bangunan pada 19 Julai 2017 dan cadangan pembinaan bangunan 4 tingkat yang mengandungi asrama, bilik darjah, pusat sumber dan bengkel.

Maklumat lanjut sekolah boleh dilayari di sini

 2018 Kerja-kerja cerucuk di tapak pembinaan.

 

Comments are closed