10 OGOS 2019 — Institusi Pendidikan Ibrah (‘IBRAH) telah menerima seramai empat orang mahasiswi sarjana muda dari Fakulti Agama Islam, Universiti Islam Malang (UNISMA), Indonesia dalam rangka menjalani latihan perguruan praktikal lapangan.
Mereka telah ditempatkan di Tadika Ibrah (1), SRA Ibrah (1) dan SMA Ibrah (2) dan berada di ‘IBRAH dari 30 Julai hingga 9 Ogos 2019 yang lepas.
Program penempatan guru pelatih UNISMA yang julung kali diadakan di ‘IBRAH ini merupakan hasil kerjasama dengan Madrasah Uthmaniah (ABIM), Pulau Pinang.