Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung kali ke-2, Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) Sekolah Menengah Agama Ibrah akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Februari 2020
Hari: Jumaat
Masa: 6.30 petang
Tempat: Dataran Perhimpunan, SMA Ibrah
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
- Makluman garis panduan dan peraturan MPIBG
- Pembentangan minit mesyuarat yang lepas
- Laporan aktiviti
- Laporan kewangan
- Cadangan
- Lantikan AJK
Tuan/puan juga dipersilakan untuk mengesahkan kehadiran dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan aktiviti kerjasama antara MPIBG dengan sekolah. Cadangan boleh dikemukakan melalui Whatsapp group Waris Tingkatan masing-masing.