KEMASUKAN

Tingkatan 1

Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan Tahun 6 2020.

Pemohon juga dikehendaki menduduki dan melepasi ujian kemasukan SMA ‘Ibrah yang akan diadakan. Ujian ini bertujuan menilai minat dan juga tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran, hafazan dan juga menulis dan membaca tulisan jawi. Pelajar disyaratkan melepasi tahap minima (50%) bagi melayakkan diri masuk ke SMA Ibrah.

Tingkatan 4

SMA ‘Ibrah menawarkan subjek akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan subjek deeniah Sijil Menengah Agama (SMA). Subjek-subjek yang perlu diambil boleh dilihat di sini.

Syarat memasuki Tingkatan 4 bagi semua pelajar adalah dengan menduduki dan melepasi ujian kemasukan SMA ‘Ibrah yang akan diadakan. Ujian ini bertujuan menilai minat dan juga tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran, hafazan dan juga menulis dan membaca tulisan jawi. Pelajar disyaratkan melepasi tahap minima (50%) bagi melayakkan diri masuk ke SMA Ibrah.

Kaedah Memohon

Permohonan untuk masuk ke SMA Ibrah boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di https://haluan.awfatech.com/smaibrah/ atau secara manual dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari pejabat sekolah pada waktu pejabat.

10 Comments

  1. Nurzarifah binti Zairomzi

    Bilakah permohonan untuk pelajar tingkatan 1 2017

  2. Saiful Mizan bin man

    Permohonan tkt 1 utk tahun 2017. Bagaimana utk memohon? Adakah twrn telah dbuka bg sessi 2017

  3. Salam,
    Keputusan UPSR tahun ini sangat menurun. Adakah masih menetapkan 2A untuk kemasukan ke sekolah ini.

    • Wassalam. Syarat kemasukan telah dipinda kepada Lulus UPSR di samping boleh membaca al-Quran dan jawi. Keupayaan calon membaca al-Quran dan jawi akan ditentukan melalui ujian kemasukan kelak.

      Harap maklum.

  4. Assalamualaikum, adakah sma ibrah ini mempunyai jawatan kosong seperti di pentadbiran atau tenaga pengajar?

    • Waalaikumussalam wbt.
      Cik/Puan,
      Sila hantar surat permohonan beserta CV/Resume kepada pihak sekolah, atau emelkan kepada pengurusan@ibrah.edu.my untuk pertimbangan.
      Pihak sekolah akan meneliti setiap permohonan apabila terdapat keperluan untuk jawatan tersebut, baik sebagai sandaran ataupun tetap.
      Anda boleh juga menghubungi pejabat sekolah (04 397 2101 pada waktu pejabat) untuk mendapatkan maklumat terkini status jawatan kosong yang ada.

  5. Adakah sekolah menengah wajib tinggal di asrama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *