Visi
Menjana Generasi Pewaris Melalui Institusi Pendidikan Berkualiti
Misi
Melahir dan Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan yang Bersepadu dan Terancang
Falsafah
Memberi asuhan, bimbingan dan didikan kepada semua pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada allah SWT. Usaha ini bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.
Konsep
Integrasi (Deeniah, Akademik dan Kemahiran)
Moto
Berilmu Berakhlak Berbakti
Matlamat
Menyediakan sistem pendidikan yang terancang dan menyeluruh.
Melaksanakan kepimpinan, sistem, pengurusan dan pentadbiran efektif.
Menawarkan proses pendidikan yang efektif bagi pembangunan insan seimbang.
Melahirkan pelajar Muslim contoh dari sudut intelek, emosi, jasmani dan rohani.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi pembangunan modal insan.