Kami warga SMA Ibrah dengan penuh keazaman dan iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
Murid
- Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang berkualiti.
- Memastikan semua murid melalui proses tarbiah Islamiah yang berterusan.
- Memastikan semua murid mendapat hak untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam suasana persekitaran yang kondusif dan selamat.
- Memastikan semua murid diberikan peluang dan bimbingan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
- Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
- Memastikan semua kerja murid disemak dengan teliti dalam tempoh tiga hari setelah diserahkan oleh murid.
Guru & Staf Sokongan
- Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut opsyen.
- Memastikan agihan tugas diberikan secara adil dan seimbang.
- Memastikan setiap guru dan staf sokongan mendapat peluang latihan sekurang-kurangnya empat kali setahun untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pembentukan sikap.
Ibu bapa
- Memastikan ibu bapa yang berurusan di kaunter pejabat dilayan dengan segera, mesra dan memuaskan hati.
- Memastikan segala aduan daripada ibu bapa akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
- Memaklumkan kepada ibu bapa tentang pencapaian akademik pelajar, selewat-lewatnya tiga minggu selepas setiap ujian/peperiksaan dijalankan.
- Berusaha dan bekerjasama dengan ibu bapa untuk memastikan setiap pelajar berakhlak mulia dengan berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan akhlak Islam setiap masa.
Komuniti
- Bekerjasama erat dengan ahli komuniti Tanjung Putus dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat.