INFO

Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah (IBRAH) merupakan sebuah sekolah menengah swasta berasrama penuh yang terletak di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh dalam daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Sejarah Ringkas

Bermula dengan pengambilan pelajar tingkatan satu seramai 33 orang pada tahun 2010, kini mempunyai lebih 170 orang pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang belajar di sini.

IBRAH dimiliki Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad (P-4-0220), iaitu koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). IBRAH merupakan institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/05.M.003.

Kurikulum

IBRAH menggunapakai konsep integrasi mata pelajaran akademik, deeniah dan Al-Quran. Para pelajar di IBRAH akan belajar subjek bahasa arab seperti Nahu/Sorof, Ta’bir/Hiwar, Imlak dan Khat; subjek deeniah seperti Al-Quran, Tafsir, Hadis, Tauhid, Fikah, Sirah dan akhlak di samping subjek-subjek akademik. Senarai penuh subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar IBRAH disenaraikan di bawah tajuk AKADEMIK.

Para pelajar IBRAH akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ketika di Tingkatan 4 di samping PT3 dan SPM.

Pengurusan dan Pentadbiran

Lembaga Penasihat IBRAH terdiri daripada;

  • Ustaz Abdul Rahim Hamid, mantan pensyarah Maktab Perguruan Tuanku Bainun
  • Ahmad Shukri bin Nordin, pengerusi Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad (KAIF)
  • Dato’ Prof Dr Ahmad Yusof bin Hassan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Jemaah Pengurusan IBRAH dipengerusikan oleh Tn. Hj. Husaini bin Abdullah.

Mudir IBRAH yang pertama adalah Dr Ismail Jusoh sehingga akhir 2013, mudir IBRAH yang kedua adalah Ustaz Abdullah Ishak sehingga Jun 2017 dan mudir IBRAH yang ketiga adalah Ustaz Abdul Rahhim Abdul Wahab sehingga 31 Januari 2019. Tugas itu kini dipikul oleh Puan Hajah A’rifah binti Abdul Kadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *