Permohonan Masuk Sekolah Rendah Agama Ibrah 2018

Sekolah Rendah Agama Ibrah akan dibuka pada sesi persekolahan 2018 dengan pengambilan pelajar-pelajar Tahun 1.

Konsep Sekolah

SRA ‘Ibrah menyediakan sistem pendidikan bersepadu dan seimbang berteraskan tauhid kepada Allah dalam semua bidang kurikulum. Konsep ini merupakan kesinambungan daripada Program Si Kecil Hamba Allah (Little ‘Abd Programme) yang digunapakai di Tadika ‘Ibrah.

Sistem pendidikan di sekolah ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh mencakupi Program Pembangunan Insan dan Kemahiran Pengurusan Diri. Keseluruhan sistem disusun bagi merealisasi cita-cita untuk melahirkan insan yang berilmu lagi berakhlak terpuji.

Brosur SRA Ibrah (pdf)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *